Sunday 19 April 2015

e-learning

Di Malaysa teknologi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaana e-learning. Apakah itu 'e-learning’? E-learning ialah kemajuan teknologi pada masa kini dan ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Di dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran 'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar akan membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri. Penggunaan 'e-learning' di sekolah-sekolah di Malaysia ialah bertujuan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.

'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator. Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain. Jika sekolah-sekolah ada komputer dan talian Internet, maka bahan-bahan le-learning' dapat digunakan dengan efektif dan efisien sekali. Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning' sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih pekerja mereka.

Oleh yang demikian adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkernbangan teknologi yang begitu pesat sekali.

Sebagai bakal guru kita akan berdepan dengan pelajar generasi Connect (gen-c) . Dimana mereka lebih terkedepan dalam bidang ICT ini berbanding kita.Semua maklumat hanya di hujung jari mereka.Sebagai contoh yang sangat ketara sekarang,kita akan melihat ditangan anak kecil seawal usia 3 tahun adanya gadget-gadget yang terkini. Mereka pandai untuk menggunakan aplikasi yang ada di setiap gadget itu cuma mereka belum pandai membaca sahaja. Ini kerana pada peringkat umur begini kanak-kanak cepat memahami dan mempelajari apa yang mereka lihat dan menarik perhatian mereka.Oleh itu,sebagai bakal guru ataupun guru kita perlu mempersiap diri dalam bidang teknologi untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang maha hebat ini.Setiap apa yang dipelajari semasa pengajian di UPSI harus diaplikasi sebaik mungkin. Supaya kita tindak dianggap guru yang ketinggalan zaman.

No comments:

Post a Comment